
Karangan 1
Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan.
Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.
Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.
Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.
Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.
Monday, November 30, 2009
Karangan 1... Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tambahan
Posted by Noor Azman Mahat at 4:09 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
PAKEJ PENULISAN MASA CUTI UPSR

PAKEJ PENULISAN MASA CUTI UPSR
Ibu bapa semua
Sesuai dengan masa cuti sekolah ini, saya sudah merangka satu pakej penulisan masa cuti yang bermanfaat kepada pelajar UPSR. Pakej ini mampu memberikan anak anda satu peluang unik untuk memahirkan diri mereka dalam bidang penulisan.
Setiap minggu anda akan menerima tiga kali bahan penulisan daripada saya selama 8 minggu.Semua bahan ini boleh diuruskan oleh anda bersama-sama anak anda untuk memastikan mereka menyelesaikannya kerana semua latihan diberikan jawapan yang konkrit.
Semua bahan yang disediakan mampu menajamkam lagi kemahiran menulis anak anda sebelum mereka mengambil peperiksaan UPSR kelak. Bahan ini sudah disusun dan dirangka oleh guru-guru yang berpengalaman dalam aspek penulisan terutama peringkat awal.
Kos untuk 8 minggu pakej ini hanyalah RM30 yakni satu jumlah yang berpatutan demi memastikan masa cuti anak anda dihabiskan dengan sebaik mungkin. Pakej ini sesuai buat pelajar Tahun 1-6.
Kandungan Pakej Penulisan ini:
Bab 1: Perkenalkan diri sendiri
Bab 2: Menulis tentang keluarga dan kawan-kawan
Bab 3: Menulis tentang aktiviti harian
Bab 4: Menulis tentang Kehidupan harian
Bab 5: Penulisan Gambaran
Bab 6: Menulis tentang latar tempat
Bab 7: Menulis tentang arahan
Bab 8: Menulis penceritaan
Bab 9: Menulis pendapat sendiri
Begitu juga e-buku karangan UPSR terbaru saya juga akan mula dipasarkan menjelang Disember ini. Semua bahan karangan di dalam buku ini disusun dengan baik untuk memudahkan pelajar UPSR menulis dengan baik.
Jika berminat sila emel kepada saya : azmanukm@gmail.com segera kerana pakej ini akan bermula pada 2 November ini.
Atau layari BMUPSR.blogspot.com
Posted by Noor Azman Mahat at 7:14 AM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Semoga Anda Semua Berjaya Dalam UPSR 2009

Hi Semua
Peperiksaan UPSR sudah tiba dan saya yakin anda semua sudah bersedia untuk menjawabnya. Ingat semula semua nota saya dan bahan yang sudah saya berikan dalam semua pakej yang telah anda langgani.
Saya yakin anda semua akan berjaya kerana anda memang mahu kejayaan dalam peperiksaan anda. Kejayaan anda merupakan hasil usaha anda sendiri.
Jumpa anda lagi.
azman
Posted by Noor Azman Mahat at 7:17 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Karangan Perbahasan Faedah Bergotong-Royong

Karangan
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.
Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih
Posted by Noor Azman Mahat at 6:30 PM 0 comments
Friday, August 14, 2009
Karangan UPSR Rompakan Kedai Runcit

Karangan
Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit.
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.
Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan wang tersebut.
Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan itu sudah dikawal oleh pihak polis.
Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan segera.
Posted by Noor Azman Mahat at 4:31 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
Karangan Suasana Pasar Tani Tempat Anda

Karangan
Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.
Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain dan juga bandar Melaka.
Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga. Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van diletakkan di tepi gerai mereka.
Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak pasar tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan barangan mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-peniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan orang ramai berasak-asak membeli-belah.
Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga terutama sayur-sayuran dan buah-bauhan serta barangan keperluan harian lain. Ada juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang waktu tengah hari.
Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan yang diperoleh tadi.
Posted by Noor Azman Mahat at 8:28 PM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
Ulasan E-Buku Senarai Perkataan Boombastik

ULASAN E-BUKU SENARAI PERKATAAN BOOMBASTIK KARANGAN 2009
Kali pertama saya ternampak iklan ini di dalam blog ini, saya tertanya-tanya sejauh mana berkesannya e-buku ini. Namun setelah saya mencubanya maksud saya memilikinya barulah saya sedar e-buku karya cikgu azman banyak membantu saya terutama e-buku ini yakni E-Buku Seranai Perkataan Boombastik Karangan 2009.
Sebaik sahaja membaca e-buku ini, hasil karangan saya mula disedari oleh guru sekolah saya terutama kemahiran saya menggunakan bahasa yang canggih dalam menyampaikan setiap isi karangan saya itu. Bagaimana saya menguasai perkataan ini semua? Mudah sahaja. Saya membaca e-buku ini.
Setiap halaman e-buku ini memaparkan perkataan canggih yang boleh digunakan dalam karangan. Penulis yakni cikgu azman telah memberikan makna setiap perkataan canggih itu kemudian memberikan contoh ayat yang membolehkan pelajar lebih memahami cara penggunaan perkataan itu. Jadi, pelajar boleh mengaitkan penggunaan perkataan canggih itu dengan mudah. Saya difahamkan oleh guru di sekolah saya bahawa markah karangan boleh menjadi lebih baik jika pengguna tahu menggunakan kosa kata yang memaparkan kematangan mereka. Jadi, saya yakin kemahiran menguasai perkataan boombastik ini membolehkan penulisan saya nampak lebih matang sedikit.
Contoh perkataan canggih yang ada dalam e-buku ini ialah:
MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN
Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dengan sebaik mungkin.
Kejayaan penulis ditentukan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya ke dalam jalan cerita novel.
Menukilkan Kata-Kata
Maksudnya: Menulis atau bercakap sesuatu
Saya menukilkan kata-kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.
MEMBERIKAN IMPAK
Maksudnya: Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu
Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut.
RENTETAN SENARIO ITU
Maksudnya: Selepas fenomena itu
Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah.
Saya yakin rakan-rakan semua sudah faham maksud saya tentang keberkesanan e-buku ini.
Mohammad Syahid Shah
Posted by Noor Azman Mahat at 11:29 PM 1 comments