BM UPSR

Wednesday, June 10, 2009

Karangan Penceritaan UPSR Tentang Kehilangan Wang?


Karangan

Semasa rehat, seorang rakan kamu menyedari bahawa dia telah kehilangan wang. Dia tidak mempunyai wang untuk berbelanja dan meminta pertolongan daripada kamu.

Ceritakan bagaimana kamu membantunya.


Semalam semasa sedang berjalan menuju ke kantin sekolah, Sulaiman baru menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang belanja. Dia berpendapat kemungkinan wang itu tercicir ketika dia pergi ke sekolah atau tertinggal di rumahnya.

Sulaiman berasa sedih kerana dia tidak mempunyai wang untuk makan lagi. Saya memberitahunya supaya tidak berasa risau kerana saya akan membayar untuk makanannya pada waktu rehat itu. Kami berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah.

Wang saku saya ada RM5 dan memberitahu Sulaiman bahawa kami akan berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di kantin. Saya menjelaskan kepadanya bahawa wang yang saya ada itu sudah lebih daripada cukup untuk membayar makanan kami berdua.

Kemudian, saya membeli dua pinggan mi goreng yang berharga RM1 sepiring. Saya menghulurkan mi itu kepada Sulaiman. Sejurus kemudian, saya membeli dua gelas air yang berharga 50 sen dan memberikan segelas kepada Sulaiman juga. Kami makan bersama-sama sambil bebrincang tentang pelajaran yang baru sahaja kami dengar tadi.

Selepas makan saya memberikan RM1 kepada Sulaiman untuk tambang bas ketika balik nanti. Dia hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada saya atas bantuan itu. Sulaiman juga berjanji akan memulangkan semula wang saya pada esok harinya. Saya herasa gembira kerana dapat membantu seseorang pada hari itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home