BM UPSR

Monday, July 6, 2009

Karangan UPSR 2009 Ucapan Majlis Perpisahan Guru Pelajar


Karangan

Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki berucap dalam satu majlis perpisahan antara guru dengan murid-murid tahun enam. Tulis ucapan itu selengkapnya.


Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini.

Hadirin,

Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”. Tanpa guru siapalah kami.

Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata pepatah “jauh di mata dekat di hati”.

Guru-guru dan rakan-rakan,

Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar guru sekalian sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang kami ceburi.

Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan sepanjang kami belajar di sini.

Sekian, terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home