BM UPSR

Wednesday, August 5, 2009

Karangan Suasana Pasar Tani Tempat Anda


Karangan

Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain dan juga bandar Melaka.

Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga. Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van diletakkan di tepi gerai mereka.

Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak pasar tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan barangan mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-peniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan orang ramai berasak-asak membeli-belah.

Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga terutama sayur-sayuran dan buah-bauhan serta barangan keperluan harian lain. Ada juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang waktu tengah hari.

Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan yang diperoleh tadi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home