BM UPSR

Friday, August 14, 2009

Karangan UPSR Rompakan Kedai Runcit


Karangan

Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit.


KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.

Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan wang tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan itu sudah dikawal oleh pihak polis.

Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan segera.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home